Monday, August 24, 2009

RaMaDhaN daTaNg Lagi...


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

~Bulan di angkat segala amalan dan bulan di mana ALLAH memberi keampunan~

“Ku mengharapkan ramadhan kali ini, penuh makna...agar dapat ku lalui dengan sempurna...puasa satu amalan...”

Inilah bait-bait lagu yang selalu di dengari ketika tibanya ramadhan. Namun sejauh mana penghayatan kita dalam mencapai amalan yang lebih sempurna. Jauh di sudut hati semoga kita sama- sama berazam melipat gandakan amal ibadat sesungguhnya ganjaran pahala yang ALLAH beri pastinya berlipat ganda juga.

Bercerita tentang puasa, teringat akak ketika membaca buku “ RAHSIA UNTUK UMAT ISLAM” terbitan Enoble Marketing di mana di dalam buku itu diceritakan dialog nabi Muhammad s.a.w dengan Iblis Laknatullah.

Rasulullah s.a.w bertanya kepada Iblis :“Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana ALLAH, apakah yang engkau rasa?”
Lalu Iblis menjawab: “Ya, nabi ALLAH, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam ramadhan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursi serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang- orang yang berpuasa mendapat sebesar- besar anugerah ALLAH swt yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehingga burung- burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas mka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang- orang yang berpuasa.”

“Satu lagi setinggi- tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam bulan ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka,angin bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umata Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas- dan dirantainya hamba sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat tuan hamba, baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh menganggu mereka. Dan Ummat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam- malam yang lain”

Nah, sahabat- sahabat dan adik- adik yang di kasihi, kisah di atas merupakan antara nikmat yang ALLAH beri kepada umat islam sepanjang bulan ramadhan. Lihatlah bagaimana ALLAH memuliakan bulan ramadhan ini. Maka, sama- samalah kita merebut peluang keemasan ini, memperbanyakkan amal dan jadikan bulan ramadhan ini sebagai permulaan untuk segala yang baik. Tapi jangan segala yang baik itu hanya di bulan ramadhan sahaja namun teruskan ia walaupun selepas di bulan ramadhan.

Dikesempatan ini, akak ucapkan selamat berpuasa. Berpuasa bukan sahaj menahan lapar dan dahaga namun menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan yang dilarang oleh ALLAH swt. 

p/s- InsyaALLAH dalam perancangan kita akan buat iftar bersama- sama..masa& tempat akan ditentukan kemudian.Akak inform nnti erk


No comments:

Post a Comment