

Adegan kejut mengejut untuk bangun sahur.
“Dila...dila...jom bangun sahur..dah pukul 5 ni..”kejut Meha selaku housemate yang setia
5 minit kemudian...
Sahabat-sahabat dan adik- adik sekalian itulah di antara dialog yang biasa kita dengar saban hari tatkala di bulan Ramadhan. Tidak dinafikan, kebanyakan orang begitu liat untuk bangun sahur kerana mereka beranggapan sahur adalah untuk mengisi perut semata- mata untuk berpuasa pd siang hari.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti
Lihat adik- adik, sepanjang waktu kita bersahur itu para malaikat mendoakan keampunan untuk kita. Mengapa tidak kita rebut peluang tersebut. Malunya kita, malaikat doakan kita..tapi kita nak bangun sahur pun susah..dah bangun tapi keikhlasan tu pulak macam mana...
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya."
Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?"
Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.
kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr
Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang
tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.
Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.
memberi tumpuan kepada pelajaran. Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.
Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.
Allah berfirman bermaksud:
"Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur."
(Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)
Akhirnya, akak harap selepas ini, dialog bangun sahur pun berubah seperti:
Meha menggosok-gosok mata dek kerana silau melihat cahaya suram di ruang tamu..
“Eh Dilla, awal bangun hari ini..maaflah Meha terlewat bangun pagi ni”
Dila yang duduk di tikar sejadah tersenyum sambil berkata
Meha berkata sambil berjalan menuju kearah Dilla“InsyaALLAH lepas ni, boleh kita bangun qiammulail bersama-sama ye dila”
“InsyaALLAH meha. Eh jom..kita bersiap untuk bersahur”
p/s: pelakon- pelakon di dalam dialog2 di atas adalah rekaan semata-mata. Yang baik ambil sebagai pengajaran, yang buruk jadikan sebagai sempadan...
~KaK iQa~
No comments:
Post a Comment