Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, akhirnya wujud juga blog untuk halaqah usrah kami. InsyaAllah, tujuan utama blog ini diwujudkan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli usrah dengan naqibah serta sesame ahli usrah. Usrah yang diadakan ini adalah usrah kelompok yang dianggotai oleh pimpinan- pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan serta Persatuan Mahasiswa Anak Negeri, Universiti Kebangsaan Malaysia. Usrah yang telah dimulakan pada semester 2 sesi 2008/2009 ini telah mengadakan sebanyak 6 kali perjumpaan iaitu pada hari jumaat jam 9 pagi di Surau FEP . Seramai 6 orang ahli usrah serta seorang naqibah yang telah diberikan amanah untuk berkongsi sedikit ilmu untuk diamalkan dan disampaikan kepada ahli- ahli usrah.
Apa yang diharapkan ialah semua anggota usrah dapat menanamkan dalam hati bahawa usrah ini merupakan suatu perkara yang perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti wajib bukannya sebagai aktiviti sampingan. Usrah sebenarnya sangat ditekankan dalam kehidupan seharian manusia kerana dari usrah kita dapat merasai nikmat ukhuwah kerana ALLAH selain dapat berkongsi pelbagai ilmu yang bermanfaat. Harapannya adik- adik sekalian dapat mengihklaskan hati kerana ALLAH kerana segala pekerjaan yang dilakukan kerana ALLAH akan mendapat keberkataan dunia dan akhirat.
~ kAk iQa~
No comments:
Post a Comment