Sunday, August 30, 2009

13 PerisTiwa MenArik Mengenai Perang GAZA



Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia .. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yaNg menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Peristiwa 7

Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

Peristiwa 8

Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat marasehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

Peristiwa 9

Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

Peristiwa 10

Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

Peristiwa 11

Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan .. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

Peristiwa 12

Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Peristiwa 13

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza , hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

Friday, August 28, 2009

MaJlis IfTar Jama'ie


Salamualaikum.InsyaALLAH akan diadakan Iftar Jamaie bersama semua adik- adik usrah. Untuk makluman adik- adik, akak gabungkan 2 usrah sekali iaitu usrah pimpinan dan usrah adik-adik 2nd year.
InsyaALLAH, majlis akan dimulakan dengan usrah kemudian berbuka puasa dan seterusnya solat maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah di surau FEP.
Syukran kepada adik- adik yang telah mengesahkan kehadiran. Untuk makluman akak memohon sumbangan adik-adik sebanyak rm5 atau kurang untuk majlis iftar itu nanti.
InsyaAllah berjumpa kita di sana. Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi akak.

Tuesday, August 25, 2009

aDa aPa dEnGaN sAhUr?










Adegan kejut mengejut untuk bangun sahur.



“Dila...dila...jom bangun sahur..dah pukul 5 ni..”kejut Meha selaku housemate yang setia



“kejap-kejap...nak bangun la ni..”sahut dila


5 minit kemudian...



“Ya,Allah budak ni...xbangun lagi”(Alamak, meha sudah naik angin)


Sahabat-sahabat dan adik- adik sekalian itulah di antara dialog yang biasa kita dengar saban hari tatkala di bulan Ramadhan. Tidak dinafikan, kebanyakan orang begitu liat untuk bangun sahur kerana mereka beranggapan sahur adalah untuk mengisi perut semata- mata untuk berpuasa pd siang hari.

Itulah kesilapan yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Anggapan itu seharusnya tidak bermain di kepala kita memandangkan begitu banyak hikmah yang Allah beri untuk bersahur sahaja. Belum lagi masuk bab berpuasa. Lihatlah bertapa Islam itu mudah, tapi yang menjadikan Islam itu susah adalah umat Islam itu sendiri. InsyaALLAH, pada entry kali ini apa kata kita kupas sedikit berkenaan bangun sahur. Hikmah dan mengapa kita sebagai orang Islam disunatkan bersahur. Semoga selepas ini sahabat- sahabat dan adik- adik semakin bersemangat untuk bersahur di pagi hari. Makin bertambah- tambah selera .


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat,iaitu kasih sayang Allah serta kebaikan dan restu Ilahi. Sebenarnya adik- adik, amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : "Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur." Kita tahu yang orang bukan islam juga berpuasa. Tapi puasa mereka berbeza dengan puasa orang Islam. Maka perbezaannya adalah Islam berpuasa dengan bersahur terlebih dahulu.


Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis

Nabi bermaksud: "Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air." (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti

sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur." (Hadis riwayat At-Tabrani).


Lihat adik- adik, sepanjang waktu kita bersahur itu para malaikat mendoakan keampunan untuk kita. Mengapa tidak kita rebut peluang tersebut. Malunya kita, malaikat doakan kita..tapi kita nak bangun sahur pun susah..dah bangun tapi keikhlasan tu pulak macam mana...



Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa



Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya."

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).


Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?"

Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)


Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara
kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr
Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang
tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.


Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah
memberi tumpuan kepada pelajaran. Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.


Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.



Allah berfirman bermaksud:



"Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur."



(Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)

Semoga dengan kupasan sedikit mengenai hikmah bersahur ini memberikan perspektif baru bagi adik2 dan sahabat2 sekalian. Apa sahaja yang diciptakan dan disuruh oleh Allah itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Allah tidak akan menzalimi dan mensia- siakan ummatnya...Lagi satu akak nak syorkan, sebelum bersahur tu bangunlah untuk qiammualail, mulakan pagi tersebut dengan bersolat sunat terlebih dahulu. Moga-moga bertambah- tambah kasih sayang ALLAH pada kita.


Akhirnya, akak harap selepas ini, dialog bangun sahur pun berubah seperti:

Di suatu hari, jam 4.30 pagi....


Meha menggosok-gosok mata dek kerana silau melihat cahaya suram di ruang tamu..



“Eh Dilla, awal bangun hari ini..maaflah Meha terlewat bangun pagi ni”



Dila yang duduk di tikar sejadah tersenyum sambil berkata



“Alhamdulillah, lepas baca entry kat blog hari itu, Dilla tak susah lagi nak bangun pagi”


Meha berkata sambil berjalan menuju kearah Dilla“InsyaALLAH lepas ni, boleh kita bangun qiammulail bersama-sama ye dila”



“InsyaALLAH meha. Eh jom..kita bersiap untuk bersahur”



p/s: pelakon- pelakon di dalam dialog2 di atas adalah rekaan semata-mata. Yang baik ambil sebagai pengajaran, yang buruk jadikan sebagai sempadan...


~KaK iQa~



Monday, August 24, 2009

RaMaDhaN daTaNg Lagi...


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

~Bulan di angkat segala amalan dan bulan di mana ALLAH memberi keampunan~

“Ku mengharapkan ramadhan kali ini, penuh makna...agar dapat ku lalui dengan sempurna...puasa satu amalan...”

Inilah bait-bait lagu yang selalu di dengari ketika tibanya ramadhan. Namun sejauh mana penghayatan kita dalam mencapai amalan yang lebih sempurna. Jauh di sudut hati semoga kita sama- sama berazam melipat gandakan amal ibadat sesungguhnya ganjaran pahala yang ALLAH beri pastinya berlipat ganda juga.

Bercerita tentang puasa, teringat akak ketika membaca buku “ RAHSIA UNTUK UMAT ISLAM” terbitan Enoble Marketing di mana di dalam buku itu diceritakan dialog nabi Muhammad s.a.w dengan Iblis Laknatullah.

Rasulullah s.a.w bertanya kepada Iblis :“Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana ALLAH, apakah yang engkau rasa?”
Lalu Iblis menjawab: “Ya, nabi ALLAH, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam ramadhan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursi serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang- orang yang berpuasa mendapat sebesar- besar anugerah ALLAH swt yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehingga burung- burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas mka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang- orang yang berpuasa.”

“Satu lagi setinggi- tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam bulan ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka,angin bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umata Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas- dan dirantainya hamba sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat tuan hamba, baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh menganggu mereka. Dan Ummat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam- malam yang lain”

Nah, sahabat- sahabat dan adik- adik yang di kasihi, kisah di atas merupakan antara nikmat yang ALLAH beri kepada umat islam sepanjang bulan ramadhan. Lihatlah bagaimana ALLAH memuliakan bulan ramadhan ini. Maka, sama- samalah kita merebut peluang keemasan ini, memperbanyakkan amal dan jadikan bulan ramadhan ini sebagai permulaan untuk segala yang baik. Tapi jangan segala yang baik itu hanya di bulan ramadhan sahaja namun teruskan ia walaupun selepas di bulan ramadhan.

Dikesempatan ini, akak ucapkan selamat berpuasa. Berpuasa bukan sahaj menahan lapar dan dahaga namun menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan yang dilarang oleh ALLAH swt. 

p/s- InsyaALLAH dalam perancangan kita akan buat iftar bersama- sama..masa& tempat akan ditentukan kemudian.Akak inform nnti erk


Sunday, August 23, 2009

MaRi BerTa'aruf...


SALAM TA’ARUF
~Ukhuwah itu indah andai pertemuan dan perpisahan itu kerana ALLAH semata- mata~


AT-TA’ARUF bermaksud berkenalan. Benrkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana ALLAH. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwah sejati sesame saudara. Ahli usrah hendaklah berkenalan sesame anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian dari dirinnya.

Oleh itu taaruf hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cintakan agama ALLAH. Ta’aruf ini hendaklah daripada dua belah pihak,member dan menerima. Apabila pengenalan telah berputik, maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulan.

Firman Allah yang bermaksud: “ sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesame saudara kamu dab bertaqwalan kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat” (A- Hujurat:10)

InsyaALLAH dikesempatan ini kita akan berta’aruf serba sedikit untuk sahabat- sahabat lain mengenali anggota- anggota usrah kita.

Ahli yang pertama iaitu, Farhana bt Abu Bakar, berumur 22 tahun, berasal dari Perak. Pelajar UKM bangi ini sedang menuntut di tahun 4 dalam jurusan perakaunan. Kini sedang menjalani latihan Industri di Seremban. 

Ahli yang kedua ialah, Norfadzilla binti Fakharie, berumur 21 tahun, berasal dari Selangor. Menuntut dalam tahun 3 pengajian dalam jurusan perakaunan. Seorang yang aktif dalam aktiviti kemahasiswaan. Telah di taklifkan sebagai Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa fakulti Ekonomi& Perniagaan bagi sesi 2009/2010.

Ahli yang ketiga ialah Samihah binti Shokri, berumur 21 tahun, berasal dari Kelantan. Masih belajar di UKM bangi, tahun 3 jurusan perakaunan. Samihah juga terlibat dalam badan organisasi pelajar dan di taklifkan sebagai Exco Hubungan Luar dan Antarabangsa bg sesi 2009/2010.

Ahli yang keempat ialah ainol basirah bt abd wahab berumur 21 tahun berasal dari Pahang. Belajar di UKM bangi, dalam jurusan perakaunan tahun 3. Terlibat dalam persatuan mahasiswa dan di taklifkan sebagai Pengerusi Kelab Perakaunan, FEP bagi sesi 2009/2010.

Ahli yang kelima adalah Nur Liyana berumur 21 tahun berasal dari Selangor. Pelajar Perakaunan tahun 3 di UKM bangi. Terlibat dalam persatuan mahasiswa fakulti ekonomi& perniagaan di taklifkan sebagai Timbalan bendahari bagi sesi 2009/2010.

Ahli yang keenam adalah Nurul ‘Iffah berumur 21 tahun berasal dari Terengganu. Penuntut tahun 3 Perakaunan di Fakulti ekonomi dan Perniagaan UKM. Terlibat dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi& Perniagaan dan ditaklifkan sebagai Exco Kebajikan Siswa&Siswi.

Itulah serba sedikit mengenai ahli usrah yang terlibat. Semoga selepas ini InsyaALLAH kita akan berkenalan dengan lebih mendalam. 

p/s- Nak buka puasa dah...stop dulu...heheh

Saturday, August 22, 2009

MUQADDIMAH

PEMBUKA KATA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

     Alhamdulillah, akhirnya wujud juga blog untuk halaqah usrah kami. InsyaAllah, tujuan utama blog ini diwujudkan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli usrah dengan naqibah serta sesame ahli usrah. Usrah yang diadakan ini adalah usrah kelompok yang dianggotai oleh pimpinan- pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan serta Persatuan Mahasiswa Anak Negeri, Universiti Kebangsaan Malaysia. Usrah yang telah dimulakan pada semester 2 sesi 2008/2009 ini telah mengadakan sebanyak 6 kali perjumpaan iaitu pada hari jumaat jam 9 pagi di Surau FEP . Seramai 6 orang ahli usrah serta seorang naqibah yang telah diberikan amanah untuk berkongsi sedikit ilmu untuk diamalkan dan disampaikan kepada ahli- ahli usrah.


      Apa yang diharapkan ialah semua anggota usrah dapat menanamkan dalam hati bahawa usrah ini merupakan suatu perkara yang perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti wajib bukannya sebagai aktiviti sampingan. Usrah sebenarnya sangat ditekankan dalam kehidupan seharian manusia kerana dari usrah kita dapat merasai nikmat ukhuwah kerana ALLAH selain dapat berkongsi pelbagai ilmu yang bermanfaat. Harapannya adik- adik sekalian dapat mengihklaskan hati kerana ALLAH kerana segala pekerjaan yang dilakukan kerana ALLAH akan mendapat keberkataan dunia dan akhirat.


Sekian sebagai pembuka kata...salam perjuangan di medan peperiksaan..InsyaALLAH

~ kAk iQa~