Friday, September 4, 2009

UsRah 2: KeMuLiaAn WaniTa...

Alhamdulillah...
Usrah kedua telah selamat dijalankan semalam. Akak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua adik-adik yang di kasihi kerana Allah kerana dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran untuk Peperiksaaan Pertengahan Semester yang dijadual hari ini. Adik-adik masih mempunyai masa untuk brsama-sama duduk dalam halaqah usrah.

Semalam telah pun diadakan usrah serta iftar jamaie dengan 2 kelompok usrah iaitu usrah 3rd year dan usrah 2nd year. Majlis diteruskan lagi dengan solat maghrib, isyak dan terawikh berjemaah di surau FEP. Sekalung penghargaan juga kepada adik-adik usrah di bawah jagaan Saudara Fikri yang turut bergabung untuk sesi iftar dan terawikh.

Topik yang dibincangkan semalam adalah berkaitan dengan wanita. Lebih lembut lagi iaitu muslimah. Penghormatan islam terhadap wanita jelas terbentang dalam ajaran Islam, di dalam Al-Quran sehingga ada surah yang membincangkan soal- soal wanita. Surah itu dinamakan An Nisa’ bererti ‘Surah Wanita’. Ini jelas menunjukkan soal wanita sangat dititik beratkan oleh ALLAH di dalam kitabnya.

Di dalam surah Al- Ahzab ayat 35 diterangkan:
“ Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama ALLAH, ALLAH telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.”

Wanita itu dilindungi dan di sayangi.

Nabi Muhammad saw sendiri telah memberi contoh teladan dan penghargaan terhadap kaum wanita. Lemah lembut dan kasih sayangnya dan tanggungjawab terhadap isteri-isterinya telah menembusi hati- hati orang zalim di zaman itu.

Di beri keringanan terhadap tuntutan syariah

Dapat juga dijelaskan bahawa dunia akan menjadi kosong tanpa wanita di dalamnya, sebagai pasangan lelaki untuk memperkembangkan keturunan. Kelahiran seorang wanita itu memang dinanti-nantikan untk mengubat kesunyian hati seorang lelaki iaitu adam.oleh itu Allah telah menjadkan Siti Hawa sebagai teman daripada tulang rusuknya sendiri.

“Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijungjung
tapi dekat di bahu utk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi”

Jadinya seorang wanita itu dari tulang rusuk kiri yang bengkok lagi lemah. Oleh itu wanita adalah menjadi teman rapat lelaki yang perlu dipimpin kehidupannya dengan penuh kebijaksanaan dan berhati- hati oleh lelaki. Tulang yang dibengkok tidak boleh diluruskan secara kekerasan kerana dikhuatiri akan patah dan tidak pula boleh terlalu lembut hingga ia terus membengkok. Ini kerana lemahnya kejadian wanita, Allah tidak memberatkan dengan tuntutan syariah yang melebihi kemampuannya.
Penutup

Didiklah wanita dengan keimnan
bukannya harta ataupun pujian
Kerana tidak tercipta
Berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah adik-adik, jadilah wanita yang solehah yang membawa kelembutan bukannya kelemahan. Bukan juga penghinaan dari tuhan, jaga setiap tutur kata, perbuatan dan gerak langkah agar terjaga segala syariat. Wanita itu adalah hiasan dunia. Hiasan yang cukup indah ciptaannya. Keindahan ini jugalah yang membawa kepada fitnah yang besar andai tidak dijaga dan dilindungi. Ingatlah, keindahan dan kecantikan itu adalah untuk lelaki yang bergelar suami untuk mu. Semoga menjadi wanita solehah yang dikagumi dan memberi sumbangan kepada peradaban dunia seperti mana wanita- wanita yang dimuliakan oleh ALLAH.
wallahua'lam..
p/s- Lepas ni jaga aurat ye...stokin kene pakai bile keluar..tudung pakai dengan sempurna, handsocks jangan tinggal...baju yang longgar dan tidak nipis...(",)

No comments:

Post a Comment