Friday, October 9, 2009

Hidup hanyalah persinggahan

Salam kerinduan dari akak buat adik-adik usrah sekalian..

Lama sangat tak jumpa, rindu sangat.Apa khabarlah agaknya adik-adik akak. Mesti sedang busy menyiapkan tugasan dan assignment di waktu- waktu kritikal ni agaknya..hehe.Apa- apa pun andai adik-adik ada masalah berhubung pelajaran(macam bijak sangat pulak) atau assignment janganlah segan- segan nak mintak pandangan atau nasihat akak. InsyaALLAH akak cuba bantu yang mana termampu.

Memandangkan akak pun dah lama sangat tak update blog kita ini. Akak nak share satu quote dari puisi yang akak dengar.Sama-samalah kita hayati dan ambil iktibar.

"Sahabatku yang baik... sesungguhnya nikmat adalah cubaan
Bila nikmat disyukuri maka menjadi gerbang pembuka andaikan nikmat yang lebih hakiki?

Namun ingat!
bila nikmat dikufuri maka ia adalah gerbang lahirnya laknat dan bencana
Waspadalah terhadap pujian, kelapangan, harta, sihat,..
kerana ini adalah ujian yang lebih berat dari kepahitan

Jangan biarkan diri lalai.. yang akan mengundang bala
syukurilah..syukurilah setiap nikmat dengan menjadikannya sebagai kenderaan untuk mendekat untuk mengabdi kepada yang Maha memberi segala nikmat.. ALLAH azzawajalla"
Buat adik-adik permata hati,
Ingat hidup ini adalah persinggahan..hanyalah persinggahan
sudah begitu banyak yang hidup sebelum kita dan kini telah tiada
kita hadir dan ada saatnya kita pun tiada
Lihatlah orang yang gagah perkasa dan penuh kuasa akhirnya binasa
yang bergelumang harta kedudukan di dunia juga kembali ke alam baka
Memang dunia hanyalah persinggahan
Jangan terpesona dan jangan pernah terpedaya
hidup dunia adalah persinggahan untuk mencari bekalan ketempat kepulangan kita kelak
Dengan ibadat terbaik kita di jalan ALLAh
kerana ALLAH untuk bisa berjumpa dengan ALLAh kelak
selamat berjuang adik-adik permata hatiku
Bersiap sedialah dengan bekalan untk bertemu ALLAH kelak...
p/s:Ya,ALLAH...selamatkanlah dunia dan akhirat kami..